JPM adakan Majlis Doa Kesyukuran



​Oleh : Aimi Sani / Foto : Muhammad Asri Haji Awang Abas






BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin, 16 Februari. - Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran dan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah sempena Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Ke-52 Tahun, hari ini.


Majlis berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen itu dihadiri oleh Timbalan-timbalan Menteri, Setiausaha-setiausaha Tetap, Timbalan-timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai dan kakitangan JPM serta jabatan-jabatan di bawahnya.


Majlis dimulakan dengan menunaikan Sembahyang Fardu Zuhur Berjemaah diteruskan dengan bacaan Surah Yaa Siin dan diakhiri dengan bacaan Doa Khas.


Majlis Doa Kesyukuran bersempena dengan Ulang Tahun Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah yang ke-52 tahun ini adalah sebagai tanda merafakkan kesyukuran.


Seterusnya berdoa ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala agar melimpahkan kurnia kesihatan, panjang umur dan kesejahteraan Kehadapan Majlis Duli Yang Teramat Mulia dan juga kerabat diraja.


Close